Berita

Veerapan sumbang katil mudah alih kepada pesakit strok

REPAH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repah, YB S.Veerapan telah menyantuni seorang pesakit strok di DUN Repah.

Veerapan berkata, Puan Padmini, 63, dimasukkan ke wad di Hospital Tampin selama tiga minggu akibat diserang angin ahmar.

“Keluarga beliau telah menghubungi dan memaklumkan kepada saya, bahawa pihak hospital memaklumkan Puan Padmini telah diserang angin ahmar dan juga serangan jantung.

“Selepas pulang ke rumah, Puan Padmini mengalami kesukaran untuk tidur di atas katil biasa dan keluarga beliau menghubungi saya dan memohon keperluan katil mudah alih.

“Justeru itu, saya telah menyumbang sebuah katil mudah alih sebagai sumbangan peribadi.

“Semoga katil mudah alih ini memudahkan keluarga Puan Padmini menguruskan beliau,” kata Veerapan.

Show More

Related Articles

Back to top button