Berita

Rajasekaran prihatin permasalahan masyarakat DUN Sri Tanjung

SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Sri Tanjung, YB Dr. G.Rajasekaran prihatin terhadap permasalahan yang dialami oleh penduduk di DUN Sri Tanjung.

Rajasekaran berkata, disebabkan itu, beliau telah mengadakan Sesi Perjumpaan Bersama Masyarakat DUN Sri Tanjung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Sri Tanjung.

“Pelbagai isu diutarakan seperti kebajikan, pendidikan, perubatan dan lain-lain.

“Oleh hal yang demikian, saya akan berusaha untuk membantu memberikan jalan penyelesaian terbaik kepada mereka,” kata Rajasekaran.

Show More

Related Articles

Back to top button