Berita
Mangsa kemalangan terima sumbangan kewangan daripada Latif
GEMENCHEH: Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi telah memberi sumbangan kewangan kepada Encik Azmi di Felda Bukit Rokan.
Abd Latif berkata, Encik Azmi terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kedua-dua belah tangan beliau patah dan retak di bahagian bahu.
“Sumbangan ini diberikan bagi meringankan beban beliau dan ahli keluarganya.
“Semoga Encik Azmi kembali pulih seperti sedia kala,” kata Abd Latif.