Berita

Rusli ziarah penduduk kurang kemampuan di DUN Linggi

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah turun padang bagi menziarahi keluarga kurang kemampuan di sekitar DUN Linggi.

Rusli berkata, rata-rata ketua isi rumah mengeluh kerana harga barangan yang meningkat tatkala pendapatan mereka tidak seberapa.

“Walaupun begitu, saya telah menjelaskan kepada mereka bahawa Kerajaan Negeri dan Pusat sedang berusaha menstabilkan harga barangan.

“Dalam masa sama, saya turut memberikan barangan keperluan asas kepada mereka bagi membantu meringankan beban mereka,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button