Berita
Masalah parit tersumbat dapat perhatian Rusli
LINGGI: Masalah parit yang tersumbat di Linggi mendapat perhatian daripada Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah.
Rusli berkata, punca tersumbat disebabkan oleh gabion wall pecah dan batu granite yang menutupi sebahagian parit.
“Apabila hujan, air tidak dapat mengalir dengan lancar dan menyebabkan banjir kilat.
“Oleh itu, saya akan membawa permasalahan ini kepada pihak berwajib untuk tindakan segera,” kata Rusli.