Berita

Masalah penghawa dingin di SK Wawasan Seremban 2 dapat perhatian Cha

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin prihatin dengan keselesaan para guru di Sekolah Kebangsaan Wawasan, Seremban 2 yang terpaksa membawa kipas meja dari rumah kerana sistem penghawa dingin di bilik guru tidak berfungsi.

Cha berkata, saya dimaklumkan oleh Guru Besar pada dua bulan lalu bahawa situasi ini telah berlanjutan sejak 10 tahun yang lalu.

“Sedih melihat masalah yang terpaksa dihadapi oleh guru yang banyak mencurah bakti kepada bidang pendidikan kita.

“Kita berharap guru memberikan prestasi yang baik dalam mendidik murid namun keselesaan mereka juga harus diberi perhatian.

“Saya akan menyelesaikan masalah ini dalam masa terdekat,” kata Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button