Berita

Kelong di Port Dickson mampu tarik pelancong

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menerima kunjungan hormat daripada Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) Malaysia, Tuan Haji Wan Muhammad Aznan Abdullah, di Kediaman Rasmi beliau.

Aminuddin berkata, pelbagai isu dibincangkan mengenai perikanan di Negeri Sembilan.

“Kerajaan Negeri juga merancang untuk membina sebuah kelong perikanan rekreasi di perairan Port Dickson.

“Saya berharap agar rancangan tersebut dapat dilaksanakan kerana mampu menjadi satu lagi tarikan buat pelancong.

“Semoga semua perkara yang dibincangkan dapat dilaksanakan dan memberikan manfaat kepada rakyat Negeri Sembilan.

“Terima kasih kepada Tuan Haji Wan Muhammad Aznan serta delegasi atas kunjungan ini,” kata Aminuddin.

Turut hadir, Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Encik Kasim Tawe dan Pegawai Perikanan Negeri Sembilan, Cik Doreen Wee Siew Leen dan Puan Nur Hidayah Dmuliany Mohd Sidek.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button