Berita
Masalah sistem perparitan Kg Temeris akan diatasi segera
SENALING: Penyelaras DUN Senaling, Tuan Mohd Razali Abdul Latif telah turun padang bagi melihat permasalahan sistem perparitan dan pembentung di Kampung Temeris.
Moh Razali berkata, lawatan tersebut dibuat bagi mengenal pasti punca dan tindakan yang boleh diambil untuk menangani isu ini.
“Masalah ini akan diatasi dengan segera untuk kemudahan dan keselesaan penduduk di sini,” kata Mohd Razali.