Berita

Masjid Jamek Gemencheh terima sumbangan RM30,000 dari Hasan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan kewangan kepada Masjid Jamek Gemencheh.

Hasan berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu pengurusan masjid memasang karpet baharu di dewan solat.

“Saya difahamkan bahawa karpet sedia ada di masjid tersebut telah menjangkau usia 10 tahun dan dalam keadaan yang daif.

“Secara tidak langsung ia memberi kesan terhadap keselesaan jemaah yang hadir untuk menunaikan ibadah.

“Saya harap agar sumbangan ini dapat meningkatkan keselesaan dan kemudahan kepada jemaah masjid.

“Selain itu dapat memberi galakan kepada masyarakat setempat untuk mengimarahkan program masjid,” kata Hasan.

Sumbangan tersebut diberikan kepada Pengerusi Masjid Jamek Gemencheh, Encik Roslee Zakaria di Pejabat Parlimen Tampin.

Show More

Related Articles

Back to top button