PRU-15: Bertanding parlimen atau DUN? Aminuddin serah pada pucuk pimpinan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, beliau menyerahkan sepenuhnya kepada pucuk pimpinan KeADILan untuk menentukan sama ada mempertahankan kerusi DUN Sikamat atau bertanding di kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) nanti.
“Saya serah kepada pucuk pimpinan parti. Jika saya perlu mempertahankan DUN Sikamat, saya bersedia.
“Jika parti merasakan saya perlu bertanding kerusi parlimen atau kawasan baharu pun, saya bersedia,” kata Aminuddin.
Seronok berkhidmat sebagai ADUN Sikamat
Dalam pada itu, Aminuddin berkata beliau seronok berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.
“Sudah tentu jika diberi pilihan, saya ingin mempertahankan kerusi DUN Sikamat untuk meneruskan perancangan yang telah dibuat.
“Saya seronok berkhidmat sebagai ADUN Sikamat,” ujar Aminuddin.
Untuk rekod ini penggal ketiga Aminuddin berkhidmat sebagai ADUN Sikamat.