Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Aktiviti

Kelab Bola Sepak Elite Junior terima sumbangan RM2,000 dari Aminuddin

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah memberi sumbangan kewangan sebanyak RM2,000 kepada Kelab Bola Sepak Elite Juior.

Aminuddin berkata, sumbangan tersebut bertujuan membantu pembangunan akademi bola sepak tersebut.

“Akademi seperti ini dapat mencari dan mengasah bakat anak muda untuk pergi lebih jauh dalam bola sepak.

“Semoga sumbangan ini dapat digunakan sebaik mungkin dan memberi manfaat kepada belia Sikamat khususnya dan Negeri Sembilan secara amnya,” kata Aminuddin yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.

Sumbangan tersebut diserahkan kepada Presiden Kelab Bola Sepak Elite Junior, Encik Laldin Nik Mohamad di Balai Raya Taman Desa Rhu.

Show More

Related Articles

Back to top button