Berita

Masyarakat perlu mainkan peranan melindungi kanak-kanak daripada didera

SEREMBAN: Masyarakat sekeliling perlu memainkan peranan bagi melindungi kanak-kanak daripada penderaan dan pengabaian.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pelbagai faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku.

“Antaranya adalah masalah kewangan, kecuaian ibu bapa, kepincangan dalam keluarga, perceraian dan sebagainya.

“Mengikut rekod Jabatan Kebajikan Masyarakat daripada Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 2,959 kes melibatkan penderaan dan pengabaian kanak-kanak.

“Oleh itu saya menyeru kepada semua khususnya ibu bapa, guru-guru dan kaunselor supaya menggalas tanggungjawab menjaga anak-anak ini,” kata Aminuddin.

Aminuddin turut menambah Kerajaan Negeri juga akan turut memberi perhatian kepada kesejahteraan kanak-kanak khususnya di Negeri Sembilan.

“Perhatian yang diberikan adalah seperti akses pendidikan berkualiti, kemiskinan kanak-kanak dan masalah kesihatan mental mereka,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button