SAFRIZA MD SOM: Alhamdulillah, Negeri Sembilan dapat seorang Menteri Besar yang berjiwa rakyat menghulurkan bantuan tanpa mengira sesiapa pun.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun terus menghulurkan bantuan RM50,000 bagi menyiapkan rumah Makcik Robiah dari Felda Palong 7 yang terbakar pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
Alhamdulillah rumah Makcik Robiah siap sepenuhnya dalam tempoh sebulan lebih sahaja.
Terpancar kegembiraan dan kebahagiaan di raut muka Makcik Robiah apabila menerima kunjungan Menteri Besar melihat sendiri rumahnya yang telah siap dibina.
Terima kasih Dato’ Seri Aminuddin yang begitu prihatin terhadap rakyat Negeri Sembilan.
Saya mahu Dato’ Seri terus memimpin Kerajaan Negeri agar lebih ramai rakyat yang memerlukan boleh dibantu.
Tulus ikhlas,
Safriza Md Som,
Anak Peneroka Felda Palong 5,
Jempol, Negeri Sembilan.