Berita

Merangka hala tuju wanita Pakatan Harapan menuju PRU-15

PORT DICKSON: Pengerusi Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YB Nicole Tan Lee Koon berkata, Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan mampu memainkan peranan yang penting dalam jentera Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

“Kami telah merangka beberapa strategi untuk menghadapi PRU-15.

“Perincian mengenai strategi ini akan dibentangkan kepada Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,” kata Nicole dalam Konvensyen Wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan di Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Dalam pada itu, Nicole berkata konvensyen dianjurkan bagi mengeratkan sillaturrahim di kalangan kepimpinan wanita Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Ikatan sillahturrahim dan ukhuwah telah dieratkan melalui aktiviti ‘ice-breaking’ dan ‘team-building’.

“Turut diadakan majlis makan malam santai ‘Ladies in Red’, di mana anggota parti komponen dan pasukan PH GEM membuat persembahan khas,” jelas Nicole.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button