Berita

MISSAK kali ke-21 lahirkan murid cergas fizikal dan mental: AMINUDDIN

SEREMBAN: Majlis Ihtifal Sukan Sekolah ABIM Kebangsaan (MISSAK) kali ke-21 merupakan medium yang terbaik bagi melahirkan murid yang cergas daripada segi fizikal dan mental.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini demikian kerana terdapat latihan yang konsisten dan seimbang daripada pelbagai aspek minda, fizikal, otot, saraf dan emosi.

“Syabas dan tahniah kepada pihak pengelola kerana dapat menganjurkan kejohanan ini dengan jayanya.

“Kepada para pemain yang mengambil bahagian dan berjaya meraih pingat, tahniah saya ucapkan.

“Manakala kepada mereka yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana penyertaan anda sudah cukup menunjukkan bahawa anda telah mencipta kejayaan,” kata Aminuddin.

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button