Berita

Mohon bantuan JKM? Hadir ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya

SEREMBAN JAYA: Warga DUN Seremban Jaya yang ingin memohon bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), boleh hadir ke Pusat Khidmat Rakyat DUN Seremban Jaya untuk mendapatkan perkhidmatan dan penjelasan daripada Pegawai JKM sendiri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB.P.Gunasekaren berkata, pihak JKM akan hadir di pejabatnya dua kali sebulan iaitu pada hari Khamis minggu kedua dan minggu keempat mulai jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

“Untuk makluman Pegawai JKM akan hadir pada 24 Februari (Khamis) ini.

“Justeru pemohon yang mempunyai sebarang masalah berhubung status permohonan, boleh datang ke pejabat saya pada tarikh tersebut untuk dapatkan penjelasan daripada pegawai JKM sendiri,” katanya.

Show More

Related Articles

Back to top button