Berita

Kerajaan Negeri Sembilan ambil serius masalah dadah

KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan mengambil serius masalah dadah di negeri ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, usaha ini boleh dilihat apabila Kerajaan Negeri telah berusaha sejak tahun 2020.

“Pemantauan terhadap isu ini dilaksanakan secara serius menerusi platform MTMD Peringkat Negeri mahupun daerah.

“Dalam masa sama, ia juga merupakan tugas dan tanggungjawab kita sebagai individu, ahli keluarga dan pemimpin untuk memberikan bantuan seperti sokongan, dorongan juga pemudahcara dalam semua segi.

“Saya juga menyeru kepada semua Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan rakyat Negeri Sembilan untuk merealisasikan matlamat ini bak kata pepatah, ‘Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.

“Oleh itu, kita dapat membendung penyalahgunaan dadah dalam komuniti dan mencapai sasaran Dadah Terkawal Tahun 20235,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Pelancaran Sambutan Peringatan Hari Antidadah 2023 Peringkat Negeri Sembilan dan Karnival Mega Belia Beliawanis MPKK DUN Seri Menanti Bersama Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Pilah.

Show More

Related Articles

Back to top button