Berita

MOU bersama Toyota perkasakan automotif KYNS

SEREMBAN: Perjanjian Persefahaman (MOU) antara Kolej Yayasan Negeri Sembilan (KYNS) bersama Laser Motor Group (LMG) Toyota membantu untuk memperkasakan bidang automotif di kolej tersebut.

Ketua Eksekutif Kolej Yayasan Negeri Sembilan, Tuan Mohd Asyraf Amin berkata, selain daripada para pelajar menerima Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mereka juga akan turut menerima pengiktirafan daripada pihak industri (Toyota) sendiri.

“Perjanjian ini juga membantu pihak KYNS untuk menaik taraf modul sedia ada terutama dalam bidang automotif.

“Hal ini supaya dapat mengikut apa sahaja kehendak industri pada waktu tertentu.

“Mengikut anggaran pada kali ini hampir 200 orang pelajar bidang automotif bakal menerima peluang untuk menimba pengalaman dan ilmu dalam MOU ini,” kata Mohd Asyraf.

Show More

Related Articles

Back to top button