Berita

MPKK Felda Pasir Besar dan Felda Bukit Jalor terima Food Bank dari Hasan

TAMPIN: Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom telah memberi sumbangan ‘Food Bank’ kepada MPKK Felda Pasir Besar dan MPKK Felda Bukit Jalor.

Hasan berkata, sumbangan tersebut bagi membantu mereka yang memerlukan bantuan.

“Kepada penduduk Felda Pasir Besar boleh mendapatkan barangan tersebut di Masjid Felda Pasir Besar.

“Manakala, penduduk Felda Bukit Jalor boleh mendapatkan barangan tersebut melalui MPKK mereka.

“Saya juga ingin menasihatkan, supaya ambil mengikut keperluan mereka sahaja,” kata Hasan.

Show More

Related Articles

Back to top button