Aktiviti

Musliadi sumbang bantuan kewangan kepada bapa mangsa kebakaran

JERAM PADANG: Penyelaras DUN Jeram Padang, Tuan Musliadi Sabtu menyerahkan sumbangan tunai kepada Encik Mohd Shahrolazlie untuk kos perjalanan beliau ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur untuk menguruskan anaknya yang berada di dalam wad disebabkan luka akibat kejadian kebakaran api.

“Anaknya melecur sebanyak 25 peratus pada badan. Beliau memerlukan pembedahan beberapa kali dan dijangka akan berada di wad selama sebulan atau dua bulan bergantung kepada keadaan anaknya.

“Semoga urusan anaknya dipermudahkan dan cepat sihat,” kata Musliadi.

Show More

Related Articles

Back to top button