Berita

Mustapha mahu atlet silat dari Jempol mewakili negara

JEMPOL: Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Mustapha Nagoor berharap ada atlet silat olahraga dari Daerah Jempol dapat mewakili skuad negara pada masa akan datang.

“Saya teruja dan bangga melihat masih ramai anak-anak dari Daerah Jempol yang melibatkan diri dalam acara silat olahraga yang berumur dari tujuh tahun hingga 17 tahun.

“Penganjur turut mengundang tiga orang atlet silat olahraga negara bagi mengajar dan memberi inspirasi kepada anak-anak ini supaya lebih bersemangat dalam meneruskan legasi persilatan.

“Harapan saya, semoga ada anak-anak Jempol yang akan melangkahkan kaki ke persada antarabangsa mewakili Malaysia dalam sukan silat olahraga,” kata Mustapha yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Palong.

Mustapha berkata demikian di Majlis Perasmian Penutup Program Pembangunan Silat Olahraga Remaja Jempol 2023 yang berlangsung di Dewan Orang Ramai Batu Kikir.

Show More

Related Articles

Back to top button