Berita

Nicole Tan sumbang RM2,000 kepada KRT Taman Mantau Indah

BUKIT KEPAYANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepayang, YB Nicole Tan Lee Koon telah menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Taman Mantau Indah 1 dan 2 di Dewan Komuniti Taman Mantau Indah.

Nicole Tan berkata, KRT Taman Mantau Indah 1 dan 2 sangat memberi sokongan dan kerjasama kepada Pusat Khidmat Rakyat DUN Bukit Kepayang dalam menjalankan aktiviti.

“Sebagai contoh, KRT memberi kerjasama yang bagus dalam menjalankan Program Jejak Warisan dan Jualan Harga Ladang Nismilan.

“Saya berharap sokongan dan kerjasama ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

“Saya turut memberikan sumbangan sebanyak RM2,000 untuk KRT Taman Mantau Indah 1 dan 2 menjalankan aktiviti pada masa akan datang,” kata Nicole Tan.

Nicole Tan berkata, walaupun Taman Mantau Indah adalah satu-satunya peti undi di mana Pakatan Harapan kalah semasa PRU-14 dan PRU-15; namun beliau kerap menyantuni penduduk di taman perumahan ini.

“Ini menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri Sembilan yang membantu semua penduduk tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik,” ujarnya.

Show More

Related Articles

Back to top button