Berita

Kerajaan Negeri jenama semula MPKK kepada JPKK

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menjenamakan semula Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, penjenamaan semula ini adalah bagi diselaraskan dengan keputusan ahli kabinet pada Julai lalu.

“Lantikan semula kesemua Ahli Jawatankuasa JPKK akan dilakukan selewat-lewatnyanya pada 30 Oktober ini.

“Saya juga berharap agar lantikan semula ini dapat membantu masyarakat setempat dapat membawa agenda perpaduan di samping agenda kerajaan dapat diteruskan,” kata Aminuddin.

Sementara itu, Aminuddin berkata, Belanjawan Negeri Sembilan 2024 akan disediakan mengikut model Kerajaan Persekutuan.

“Belanjawan kali ini disediakan mengikut model Pengurusan Kewangan MADANI.

“Hal ini supaya keselarasan dapat dilakukan di peringkat Kerajaan Negeri,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button