Menarik

Nasir galak anak muda belajar seni berkompang

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyumbang 10 unit kompang kepada kumpulan kompang Taman Setia.

“Saya rasa berbesar hati dapat menyumbang kepada kumpulan kompang ini.

“Aktiviti berkompang merupakan salah satu ilmu seni budaya Melayu yang sangat baik diteruskan sebagai warisan kepada generasi baru.,” ujar Nasir.

Kumpulan kompang ini diketuai oleh Encik Idris dengan kekuatan seramai 20 orang ahli.

Latihan diadakan setiap malam hujung minggu dan sesi latihan mereka sering menjadi tumpuan dan hiburan penduduk taman ini.

Show More

Related Articles

Back to top button