Berita

Cha sumbang RM3,000 kepada Kuil Sri Arunachaleswara Rasah

RASAH: Kuil Sri Arunachaleswara Temple, Loco Railway (Depoh KTM) Jalan Rasah menerima sumbangan RM3,000 daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren mewakili Cha menyerahkan sumbangan tersebut dalam Majlis Sambutan Perayaan Ponggal yang dianjurkan oleh Majlis Gabungan Pertubuhan India Negeri Sembilan di kuil tersebut.

“Sambutan Ponggal merupakan perayaan semasa musim menuai yang diraikan secara meluas oleh masyarakat etnik Tamil di Malaysia, Tamil Nadu, Sri Lanka, Singapura, Afrika Selatan, Amerika, United Kingdom, Perancis, Seychelles, Australia, Kanada dan tempat-tempat dengan penduduk etnik Tamil yang ramai,” jelas Gunasekaren.

Show More

Related Articles

Back to top button