Berita

Nasir santuni masyarakat Tionghua sempena Tahun Baru Cina

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar Batu 6 dan Sunggala Gateway, Port Dickson sempena sambutan Tahun Baru Cina.

Nasir mengedarkan limau dan kad dari Menteri Besar Negeri Sembilan sempena sambutan Tahun Baru Cina yang bakal tiba pada minggu hadapan.

“Walaupun berbeza kaum dan budaya, kita masih hidup dalam harmoni di negara Malaysia ini.

“Usaha untuk memahami dan menghargai perbezaan budaya ini perlu terus dipupuk tidak kira peringkat umur sesuai dengan ajaran Islam yang menjadi agama utama dalam perlembagaan Malaysia,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button