YB Kita
63 warga emas terima sumbangan kewangan daripada Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: Seramai 63 orang warga emas di DUN Seremban Jaya telah menerima sumbangan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, P. Gunasekaren.
Gunasekaren berkata, sumbangan kewangan tersebut merupakan inisiatif Kerajaan Negeri iaitu Bantuan Keceriaan Warga Emas.
“Setiap seorang warga emas akan menerima RM200 dan hanya mereka yang berumur 70 tahun ke atas sahaja yang layak menerimanya.
“Mereka yang masih belum tuntut sumbangan ini boleh hadir ke Pusat Khidmat DUN Seremban Jaya daripada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang,” kata Gunasekaren.