BeritaMenarik

‘Dah tak risau lepas dapat geran hak milik kekal

REMBAU: Pemilik kediaman yang menerima geran hak milik kekal menyatakan rasa lega setelah permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya diluluskan oleh Kerajaan Negeri Sembilan.

Puan Norfitriah Mohd Nasir, 42, dari Rumah Rakyat Chembong berkata, beliau berasa lega apabila menerima geran kediaman hak milik kekal daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Rumah ini pemberian Arwah Mak saya. Sebelum ini rumah ini berstatus pajakan 99 tahun dan saya risau juga.

“Sekarang dah dapat geran hak milik kekal, saya berasa lega kerana ada tempat berteduh (terjamin) untuk anak-anak)

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan dan Kerajaan Negeri yang meluluskan permohonan kami,” kata Norfitriah.

Norfitriah

Terima kasih Kerajaan Negeri, perkenal dasar hak milik kekal

Encik Lee Jyh Shyan, 45, dari Rumah Rakyat Chembong mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri yang memperkenalkan dasar penukaran geran kediaman daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Kerajaan sebelum ini tidak pernah buat.

“Kerajaan sekarang buat dan saya amat berterima kasih kepada Menteri Besar serta Pejabat Daerah dan Tanah Rembau yang meluluskan permohonan saya,” ujar Lee.

Lee

Encik Adnan Abdul Ghani, 66, pemilik rumah di Rumah Rakyat Astana Raja berkata, rumah beliau dibeli 30 tahun lepas secara sewa beli.

“Saya amat gembira, kalau dulu sewa beli dan pegangan pajakan 99 tahun.

“Sekarang hak milik kekal. Nak jual pun boleh kalau nak, tapi saya akan simpan rumah ini.

“Saya lega banyak dapat geran hak milik kekal,” kata Adnan.

Adnan

Seramai 44 pemilik kediaman menerima geran hak milik kekal daripada Aminuddin.

Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan 99 tahun kepada hak milik kekal bagi 134 hakmilik di Daerah Rembau.

Dasar penukaran tempoh pegangan hakmilik daripada pajakan 99 tahun kepada kekal (Leasehold to Freehold) bagi tanah berstatus kediaman merupakan salah satu daripada 71 tawaran Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) yang telah dilaksanakan Kerajaan Negeri pada tahun 2020.

Show More

Related Articles

Back to top button