Berita

15 pelajar Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah peroleh keputusan cemerlang SPM

SEREMBAN: Seramai 15 orang pelajar Maahad Tahfiz As-Sa’idiyyah (MTAS) berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui program Fast-Track SPM.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif yang dilakukan oleh Kerajaan Negeri ini bagi membuktikan bahawa pelajar tahfiz juga mampu cemerlang dalam bidang akademik.

“Pada tahun kedua inisiatif ini dijalankan MTAS berjaya mencatatkan peningkatan pelajar cemerlang berbadning tahun lalu seramai lima orang.

“Kepada para pelajar, saya ucapkan tahniah dan syabas atas pencapaian yang anda miliki.

“Walaupun begitu, saya berharap agar kecemerlangan ini dapat diteruskan pada masa akan datang kerana anda semua merupakan generasi yang bakal memimpin negara pada masa akan datang,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button