Berita

70 pemohon terima surat tawaran rumah mampu milik

SEREMBAN: Seramai 70 pemohon yang layak telah diberikan surat tawaran untuk memiliki Rumah Mampu Milik (RMM) Type A berharga RM110,000 di Taman Nusa Seri Cenggal, Mantin.

Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J.Arul Kumar berkata, projek perumahan Taman Nusa Seri Cenggal, Mantin adalah projek kerjasama daripada NS Corporatian dan Multiplex Development Sdn Bhd.

“Taman perumahan ini mempunyai 792 unit rumah dan semuanya adalah Rumah Mampu Milik (RMM), iaitu Type A sebanyak 159 unit dengan harga RM110,000.

“Type B sebanyak 119 unit dengan harga RM250,000 dan baki 514 unit adalah Type C dengan harga maksimum RM359,000,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan telah merasmikan Majlis Pengundian Rumah Mampu Milik Type A di Taman Nusa Seri Cenggal, Mantin.

Show More

Related Articles

Back to top button