Berita

Lapan individu terima geran hak milik kekal daripada Choo

LUKUT: Seramai lapan orang individu telah menerima geran daripada pajakan (leasehold) kepada kekal (freehold) daripada Exco Perpaduan, Penerangan dan Integrasi Nasional, YB Choo Ken Hwa.

Choo berkata, sehingga kini seramai 236 permohonan telah diterima daripada daerah Port Dickson.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 40 orang telah diberikan kelulusan.

“Inisiatif ini merupakan salah satu manifesto Pakatan Harapan sewaktu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu.

“Dalam pada itu, saya turut menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada 25 orang pembayar cukai sempena Kempen Jom Bayar Cukai Tanah Daerah Port Dickson yang menyaksikan hadiah utama merupakan motosikal jenama Modenas Kriss di bawa pulang.

“Semoga dengan penganjuran kempen seperti ini dapat menggalakkan pemilik membuat pembayaran cukai tanah lebih awal di samping menghargai pembayar cukai,” kata Choo.

Show More

Related Articles

Back to top button