BeritaMenarik

Negara berada di landasan yang tepat untuk membangun

PAROI: Negara kini berada di landasan yang tepat untuk bergerak ke hadapan terutamanya dalam membangunkan ekonomi.

Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, oleh hal yang demikian, negara ini mesti diselamatkan daripada pihak yang cuba menjatuhkan kerajaan.

“Kuasa telah pun diamanahkan kepada kerajaan, oleh itu pemerkasaan hak serta ekonomi rakyat perlu terus diberikan tumpuan.

“Ini tidak, Kediaman Rasmi Perdana Menteri yang sibuk diubah suai.

“Lantaran itu, saya menyeru kepada rakyat pelbagai kaum mesti berpadu dukung Kerajaan Perpaduan demi kestabilan dan pemerkasaan ekonomi rakyat,” kata Anwar.

Show More

Related Articles

Back to top button