Berita

Negeri Sembilan adakan Sidang DUN Khas bahas Akta Anti Lompat Parti

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan mengadakan Sidang DUN Khas pada 17 Oktober ini bagi mengusulkan Akta Anti Lompat Parti dan Tanah Adat.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, bagi memastikan akta ini dipakai di peringkat negeri haruslah mendapat sokongan majoriti ahli dewan.

“Seperti sedia maklum, di peringkat Kerajaan Persekutuan telah bersetuju meluluskan akta tersebut.

“Oleh itu, saya berharap agar apabila usul ini dibawa akan mendapat sokongan sepenuhnya daripada semua ahli dewan,” kata Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button