Berita

Negeri Sembilan bakal anjur Perpatih Fest tahun depan

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan bakal menganjurkan program Perpatih Fest pada tahun hadapan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, program ini dilaksanakan bagi memelihara serta meraikan keunikan Adat Perpatih.

“Biarpun asalnya daripada Minangkabau, tetapi Adat Perpatih ini telah berasimilasi dengan budaya melayu khususnya rakyat Negeri Sembilan.

“Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga turut menyediakan inisiatif Dana Memperkasa Adat Perpatih, Projek Pemuliharaan Rumah dan Bangunan Warisan bagi memperkasakan Adat Perpatih.

“Insya Allah, Kerajaan Negeri akan terus memupuk kesepakatan bersama pemimpin adat untuk memelihara Adat Perpatih,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Seminar Antarabangsa Nusantara Adat Perpatih.

Show More

Related Articles

Back to top button