Berita

Negeri Sembilan bakal bubar DUN hujung bulan Jun

SEREMBAN: Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan dijangka bakal dibubarkan pada penghujung bulan Jun.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara tersebut telah dibincangkan bersama-sama lima negeri yang lain.

“Walaupun begitu, pembubaran DUN di negeri yang terlibat tidak akan berlaku pada hari yang sama.

“Tetapi akan berlaku pada bulan yang sama,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Majlis Pelancaran Nama Baru Bagi Jalan Sikamat kepada Jalan Dato’ Syeikh Mohd Murtadza.

Show More

Related Articles

Back to top button