BeritaMenarik

Negeri Sembilan bina 28,901 rumah mampu milik sejak 2018

PORT DICKSON: Sebanyak 28,901 unit rumah mampu milik telah dibina oleh Kerajaan Negeri Sembilan sejak tahun 2018.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri komited bagi memastikan penyediaan kemudahan perumahan kepada setiap lapisan masyarakat yang memerlukan.

“Kerajaan Negeri juga telah memperkenalkan Program Rumah Harapan Rakyat pada tahun 2021.

“Skim ini menyediakan kemudahan pinjaman tanpa faedah bagi rumah bernilai RM75,000.00 kepada golongan B40 yang masih belum memiliki rumah dan ingin membina rumah banglo setingkat di atas bidang tanah masing-masing.

“Menariknya inisiatif ini, bayaran pinjaman ini hanya akan mula dibayar apabila rumah tersebut telah siap dan selepas penyerahan kunci kepada peserta,” ujar beliau.

Aminuddin berkata, menerusi Inisiatif Belanjawan 2023, Kerajaan Negeri meneruskan inisiatif Rumah Harapan Rakyat ini dengan peruntukan sebanyak RM10 juta.

“Insyah Allah, Kerajaan Negeri akan terus berkhidmat kepada rakyat dan dalam masa yang sama berdaya saing ke arah merealisasikan matlamat menuju negeri sejahtera, inklusif dan mampan menjelang 2045,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Surat Tawaran Unit Kediaman Program Perumahan Rakyat (PPR), Ladang Tanah Merah (Desa Tanjung) dekat sini.

Turut hadir, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, YB Nga Kor Ming dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru Negeri Sembilan, YB Teo Kok Seong.

Show More

Related Articles

Back to top button