Berita

Negeri Sembilan capai sasaran sifar miskin tegar

SEREMBAN: Negeri Sembilan telah berjaya mencapai sasaran sifar miskin tegar sebelum tamat tahun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, perkara ini telah disahkan oleh Pengarah Pembangunan Negeri, Encik Roslan Mat Nong.

“Kejayaan menoktahkan miskin tegar ini adalah hasil kerjasama dan sokongan Kerajaan Negeri, Yang Berhormat Kerajaan Negeri serta agensi yang berkaitan.

“Ia bukanlah suatu usaha yang mudah.

“Kerajaan Negeri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerajaan, agensi pemberi bantuan, agensi pelaksana serta semua yang terlibat.

“Kerajaan Negeri juga sentiasa memastikan kesejahteraan rakyat dapat ditingkatkan kepada suatu kualiti hidup yang lebih baik di masa hadapan,” ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button