SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah berjaya mencatat pelaburan RM8.72 bilion sehingga suku ketiga tahun 2022.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, pencapaian ini melebihi sasaran awal RM7 bilion untuk tahun 2022.
“Saya percaya nilai pelaburan ini akan meningkat lagi apabila data sehingga suku keempat tahun 2022 dikemaskini oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) tidak lama lagi.
“Hasil daripada pelaburan tersebut, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan, yang sudah pastinya merancakkan ekonomi Negeri Sembilan,” kata beliau.
* Malaysian Investment Development Authority (MIDA)