Berita

Negeri Sembilan dijangka capai pelaburan RM9 bilion

PORT DICKSON: Kerajaan Negeri Sembilan dijangka akan mencapai jumlah pelaburan RM9 bilion bagi tahun 2022.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, sehingga suku ketiga tahun 2022, Kerajaan Negeri telah mencatat pelaburan RM8.72 bilion.

“Saya amat yakin Kerajaan Negeri Sembilan akan sekali lagi mencatat sejarah yang amat luar biasa apabila jumlah pelaburan bagi keseluruhan tahun 2022 dijangka akan mencapai RM9.0 bilion iaitu rekod pencapaian tertinggi dalam sejarah pentadbiran Negeri Sembilan.

“Ini termasuk pelaburan berjumlah RM6.0 bilion daripada syarikat Samsung SDI Energy Malaysia Sdn. Bhd. (SDIEM) yang kini sedang membina sebuah kilang membuat Sel Bateri Kenderaan Elektrik (EV) Fasa ke-2 di Kawasan Perindustrian Tuanku Jaafar, Senawang,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penghargaan Pelabur Bersama YAB Menteri Besar Negeri Sembilan di Hotel Grand Lexis, Port Dickson pada Jumaat.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button