Berita

Negeri Sembilan galak jemaah pakai pelitup muka semasa solat Aidilfitri

SIKAMAT: Pemakaian pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau amat digalakkan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

“Saya amat mengalu-alukan sesiapa yang ingin menggunakan pelitup muka ataupun sejadah sendiri.

“Ketika saya bersolat subuh tadi di Masjid Taman Tuanku Jaafar, saya mendapati ramai warga emas yang menggunakan pelitup muka dan menggunakan sejadah masing-masing.

“Ini satu keprihatinan yang baik dalam di kalangan mereka untuk menjaga kesihatan.

“Ini harus digalakkan tetapi tidak diwajibkan di Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Mantai Aidilfitri 2023 di Masjid Dato’ Klana Petra Lela Mohd Yusof, Sikamat hari ini.

Semalam, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, negara masih berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik, justeru prosedur operasi standard (SOP) yang sedang berkuat kuasa pada masa ini amat menggalakkan pemakaian pelitup muka sekiranya berada di kawasan ramai orang dan sesak.

Justeru itu, pelitup muka semasa menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid atau surau amat digalakkan.

Show More

Related Articles

Back to top button