SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada Kontinjen Negeri Sembilan yang dinobatkan sebagai Johan Keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan 1444H/2023M.
“Alhamdulillah, Akademi Taranum Negeri Sembilan AKTAR yang ditubuhkan pada 2020 telah berjaya dan membantu Negeri Sembilan memperoleh kejayaan.
“Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada qurra dan huffaz yang mewakili Negeri Sembilan serta semua 79 peserta yang telah mengambil bahagian,” kata Aminuddin.