Berita

Negeri Sembilan juara Hoki Bawah 12 Tahun MSSM

SEREMBAN: Pasukan Hoki Negeri Sembilan Bawah 12 Tahun Perempuan muncul juara Kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) Kebangsaan.

Negeri Sembilan berjaya mengalahkan pasukan Pahang dengan jaringan 3-1 dalam perlawanan akhir.

Manakala pasukan Bawah 12 Tahun Lelaki menduduki tempat keempat selepas kalah dalam penentuan penalti dengan Pahang setelah keputusan seri 0-0 sehingga tamat permainan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada semua pemain yang berjaya mengharumkan nama Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan.

“Semoga anak-anak terus cemerlang dan mampu menjadi pelapis skuad hoki kebangsaan satu masa kelak, Insya Allah,” ujar beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button