Aktiviti

Negeri Sembilan kekal rekod tanpa kalah

SEREMBAN: Pasukan hoki Negeri Sembilan mengakhiri kempen liga TNB Malaysia Hockey League 2022 (TNB MHL 2022) dengan penuh bergaya apabila berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah sepanjang liga.

Negeri Sembilan berjaya mengatasi Pulau Pinang dalam perlawanan yang berlangsung semalam dengan jaringan 8-0, seterusnya mengesahkan lagi kedudukan Negeri Sembilan sebagai juara liga.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengucapkan tahniah kepada para pemain dan pegawai yang berjaya merealisasikan sasaran yang diletakkan.

“Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk lebih banyak kejayaan dalam arena hoki pada masa akan datang, Insyah Allah,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button