Berita

Negeri Sembilan lahirkan 102 usahawan Kotej Halal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan menerusi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri SEMBILAN (JHEAINS) berjaya melahirkan 102 usahawan kotej halal.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, kesemua usahawan ini telah lulus dan layak untuk menerima sijil pengesahan Halal Malaysia setelah menjalani latihan, konsultasi dan bimbingan kemahiran berkaitan aspek halal yang dilaksanakan oleh JHEAINS.

“Kerajaan Negeri sedar akan kepayahan hidup rakyat yang diberhentikan kerja dan hilang punca pendapatan sepanjang tempoh pandemik dua tahun lepas.

“Ramai yang menceburi bidang perniagaan makanan secara kecil-kecilan di rumah.

” Namun sukar untuk meluaskan pasaran kerana gagal melepasi piawaian halal seperti tidak mempunyai premis perniagaan sendiri serta fasiliti yang sesuai dan cukup.

“Faktor-faktor ini lah yang menyebabkan Kerajaan Negeri memperkenalkan inisiatif ini,” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyampaian Sijil Pengesahan Halal Malaysia Dan Ramah Mesra Usahawan Kotej Halal Negeri Sembilan di Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button