KUALA PILAH: Kerajaan Negeri Sembilan telah melancarkan beras jenama sendiri yang diberi nama Beras Seri Menanti.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Beras Seri Menanti ini adalah hasil tuaian daripada pesawah tempatan.
“Beras ini dilancarkan pada hari ini bersempena Perasmian Pesta Bola Ngoca 2023 di Kuala Pilah.
“Pada hari ini juga beras ini dijual pada harga istimewa iaitu RM2 bagi 1 kilogram dan RM6 untuk 3 kilogram.
“Semua hasil jualan beras ini juga akan disumbangkan ke Tabung Peduli Palestin dan Tabung Amanah Keluarga Miskin Kuala Pilah,” ujar Aminuddin.