Berita

Negeri Sembilan lancar Command Centre hadapi banjir

SEREMBAN: Kerajaan Negeri telah melancarkan Negeri Sembilan Command Centre (NeSCOM).

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, NeSCOM bertujuan bersiap sedia dalam menghadapi pelbagai bencana dan khususnya bencana banjir pada hujung tahun.

“Sebarang maklumat daripada serata negeri berkenaan cuaca semasa, paras air sungai, keadaan cerun dan pusat pemindahan akan disalurkan secara langsung kepada NeSCOM.

“NeSCOM ini juga akan sentiasa dipantau oleh jabatan yang terlibat di bawah Jawatankuasa Bencana Negeri.

“Beberapa penambahbaikan masih lagi dijalankan bagi memastikan NeSCOM berfungsi dengan lebih efisien.

“Insya Allah, sekiranya berlakunya bencana, gerak kerja dapat diselaraskan dan memastikan bantuan tiba kepada pihak yang memerlukan dengan kadar segera,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di sidang media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri.

Show More

Related Articles

Back to top button