BeritaProgram

Negeri Sembilan peruntuk RM1.68 juta, naiktaraf Sekolah Agama Rakyat

BAJET 2023: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan akan memperuntukkan RM1.68 juta bagi kerja-kerja menaiktaraf fasiliti Sekolah Agama Rakyat (SAR) di seluruh Negeri Sembilan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, inisiatif ini diperkenalkan bagi memastikan institusi Sekolah Agama Rakyat dipelihara dengan baik serta memastikan keselesaan pelajar-pelajar.

“Kerajaan Negeri akan memperuntukkan sehingga RM80,000 bagi setiap sekolah.

“Ini akan memberi manfaat kepada 21 buah Sekolah Agama Rakyat yang memerlukan penyelenggaraan,” kata beliau.

Aminuddin mengumumkan demikian semasa Pembentangan Belanjawan Negeri Sembilan 2023 di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan Yang Ke-14.

Show More

Related Articles

Back to top button