BeritaProgram

Negeri Sembilan peruntuk RM18.68 juta bagi pembangunan pendidikan

BAJET 2023: Pendidikan sentiasa menjadi elemen penting dalam membentuk peradaban manusia yang tinggi.

Menyedari hakikat itu, Kerajaan Negeri Sembilan akan memperuntukkan sebanyak RM18.68 juta pada Belanjawan tahun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, peruntukan ini bagi membiayai sebanyak sembilan inisiatif.

“Ini termasuk enam inisiatif sedia ada dan tiga inisiatif baharu.

“Inisiatif sedia ada seperti Bantuan Sekolah Tahfiz/SJKC/SJKT/Swasta, Elaun Guru Kafa, Tabung Penyelenggaraan Sekolah, Program Fast Track Lepasan Tahfiz, Bantuan Anak Sekolah (BAS) dan Biasiswa Anak Negeri akan dikekalkan,” katanya.

Aminuddin berkata tiga inisiatif baharu yang akan diperkenalkan pada tahun 2023 ialah:

1. Pembinaan Dewan Utama Kolej Yayasan Negeri Sembilan (anggaran kos RM10 juta).

2. Penubuhan Majlis Perundingan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), Negeri Sembilan.

3. Menaiktaraf Fasiliti Sekolah Agama Rakyat (SAR) dengan peruntukan RM1.68 juta.

Show More

Related Articles

Back to top button