Berita

Negeri Sembilan peruntuk RM3.8 juta pengecualian bayaran sewa gerai dan kediaman

Negeri Sembilan tambah sebulan lagi pengecualian sewa gerai, pasar dan kediaman

SEREMBAN: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan mengumumkan penambahan pengecualian bayaran sewa gerai, pasar dan kediaman di bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

Menteri Besar, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri sebelum ini mengumumkan pengecualian sewa gerai dan pasar untuk bulan Januari, Februari dan Jun tahun ini.

“Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri sebentar tadi bersetuju menambah pengecualian sewa gerai dan pasar untuk sebulan lagi iaitu bulan Julai 2021.

“Pengecualian sewa selama empat bulan ini membabitkan 6,115 penyewa dengan kos keseluruhan RM2.187 juta,” katanya.

Pengecualian sewa rumah, manfaat kepada 3,121 penyewa, kos RM1.6 juta

Aminuddin turut mengumumkan penambahan pengecualian sewa rumah PPR dan Perumahan Awam Negeri Sembilan sehingga bulan September 2021.

“Sebelum ini kita telah umumkan pengecualian sewa selama tiga bulan dari bulan Jun hingga Ogos.

“Namun, menyedari kesulitan yang dihadapi penyewa dalam tempoh PKP dan pandemik Covid-19; Kerajaan Negeri bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian sewa rumah PPR dan Perumahan Awam Negeri Sembilan sehingga September ini.

“Pengecualian sewa rumah ini melibatkan keseluruhannya 3,121 penyewa dengan jumlah kos sebanyak RM1,610,400,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button