Berita

Negeri Sembilan peruntuk RM3 juta kukuh perpaduan masyarakat

LUKUT: Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan amat komited dan bersungguh-sungguh merapatkan jurang sosial dan ekonomi antara kaum yang boleh menjejaskan aspirasi perpaduan nasional.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, semangat toleransi dan saling bergantung antara satu sama lain perlu dipupuk dan disuburkan.

“Kerajaan Negeri telah memperkenalkan inisiatif yang dikenali sebagai ERAT@NS bagi melaksanakan pelbagai program dan aktiviti yang menjurus ke arah penyatuan dan perpaduan nasional.

“Kerajaan Negeri melancarkan program ini pada tahun 2020 dengan peruntukan RM500,000.

“Pada tahun 2021 peruntukan ditambah kepada RM1 juta dan pada tahun ini peruntukan dinaikkan kepada RM1.5 juta,” jelas Aminuddin.

Aminuddin menambah, Kerajaan Negeri akan sentiasa memastikan kestabilan pentadbiran negeri.

“Permuafakatan antara kaum dan agama di negeri ini perlu terus dipupuk, disemai dan terus diperkukuhkan melalui penglibatan pelbagai pihak termasuk NGO.

“Justeru itu, pemimpin NGO perlu memainkan peranan kepada kestabilan dan perpaduan di kalangan rakyat,” katanya.

Aminuddin berkata demikian di Jamuan Majlis Ulang Tahun Ke-102 Persatuan Perniagaan Cina Port Dickson di Lukut.

Show More

Related Articles

Back to top button